1. Skip to Menu
  2. Skip to Content
  3. Skip to Footer>

Pengendalian dan Penyelenggaraan Gergaji Berantai

PDF Cetak E-mail

Sinopsis

Mesin gergaji berantai merupakan salah satu peralatan kebombaan yang perlu dikendalikan mengikut prosedur yang betul supaya dapat berfungsi dengan berkesan dan  mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pengguna. Seringkali anggota  kita di perlukan untuk bantuan serta ada ketikanya kita perlu menggunakan mesin gergaji untuk menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Oleh itu, kursus yang dianjurkan ini dapat melahirkan pegawai yang berkemahiran di dalam aspek pengendalian dan penyelenggaraan mesin gergaji berantai dengan cekap, berkesan dan selamat.

penyelenggaraan_gergaji_berantai_1

 

 

 

 

 

 

 

penyelenggaraan_gergaji_berantai_2

Pergerakan Kursus

Kursus dijalankan   dengan   menggunakan   beberapa  kaedah   yang     melibatkan  teori dan praktikal  dengan menggunakan  teknik syarahan dan  perbincangan. Dari segi teori ianya akan dilakukan di dalam kelas dan melibatkan nota, buku panduan, powerpoint, serta tanyangan video manakala dari segi praktikal pula ia banyak tertumpu pada hutan di Akademi serta adakalanya akan dilakukan di hutan simpan sekayu dengan kerjasama Pegawai Penjaga, Hutan Simpan Sekayu.

Kursus dijalankan   dengan   menggunakan   beberapa  kaedah   yang     melibatkan  teori dan praktikal  dengan menggunakan  teknik syarahan dan perbincangan. Dari segi teori ianya akan dilakukan di dalam kelas dan melibatkan nota, buku panduan, powerpoint, serta tanyangan video manakala dari segi praktikal pula ia banyak tertumpu pada hutan di Akademi serta adakalanya akan dilakukan di hutan simpan sekayu dengan kerjasama Pegawai Penjaga, Hutan Simpan Sekayu.

Kaedah kursus diadakan dalam 2 bentuk iaitu:

Teori - 30%
Praktikal - 70%

Tujuan

Menyediakan garis panduan untuk  kursus pengendalian dan penyelenggaraan   gergaji  berantai  bagi Jabatan  Bomba  Dan  Penyelamat   Malaysia.

Objektif

  • Beberapa objektif telah pun dirancang bagi mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman tentang keperluan mempelajari kursus ini:
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran dari  aspek pengendalian dan penyelenggaraan  mesin gergaji berantai.
  • Memberi pengetahuan mengenai aspek keselamatan semasa mengendalikan mesin gergaji berantai.
  • Memberi pengetahuan dan kemahiran  teknik-teknik menebang dan mengatang  pokok.

Jangkamasa Kursus

Kursus ini dilaksanakan  selama 5 hari  dan semua peserta kursus perlu mengikuti kursus ini hingga tamat. Sekiranya kurang dari tempoh berkenaan akan menjejaskan segala keperluan teori dan amali yang bakal diperolehi oleh pelatih. Pengecualian menamatkan kursus disebabkan faktor-faktor tertentu perlu mendapatkan sokongan Penyelaras Kursus untuk kelulusan Pegawai Latihan Negeri.

Kadungan ursus

1. Pengenalan Gergaji Berantai

  • Mengenal komponen-komponen gergaji berantai dan fungsinya
    • Pemegang gergaji berantai
    • Kunci keselamatan pendikit
    • Suis
    • Rantai keselamatan
    • Penghadang belakang
    • Anti getaran
    • Brek
  • Kaedah mengendalikan gergaji berantai
  • Kaedah menghidupkan gergaji berantai
    • Menghidupkan gergaji berantai di atas tanah
    • Menghidupkan gergaji berantai di celah peha

penyelenggaraan_gergaji_berantai_3

2. Keselamatan Semasa Pengendalian

  • Keselamatan kepada pengguna
  • Keselamatan gergaji  berantai
  • Keselamatan terhadap persekitaran

3. Asas Teknik Menebang Dan Mengatang Pokok

  • Teknik tebangan berarah
    • Teknik muka tebangan
    • Teknik ensel
    • Teknik potongan sendeng
    • Penyediaan muka tebangan
    • Menebang pokok bermasalah
    • Kaedah melepaskan mata gergaji tersepit
  • Teknik mengatang pokok
    • Konsep tekanan
    • Konsep tegangan
    • Konsep penggunaan baji
    • Konsep pemotongan

4. Teknik Asahan  Mata Gergaji

  • Peralatan mengasah
  • Saiz  rantai dan pengikir
  • Sudut asah mata gigi atas
  • Sudut asah mata gigi tepi

5. Penyelenggaraan Mesin Gergaji Berantai

  • Teori rantai gergaji
    • Binaan mata rantai gergaji
    • istilah rantai gergaji
  • Penyelenggaraan gergaji berantai
    • Penyelenggaraan harian
    • Penyelenggaraan berkala
  • Penyelarasan  kaburator
    • Laraskan  ’ L’
    • Laraskan  ’ H ’
    • Laraskan  ’ T ’

7. Latihan Amali Menebang Dan Mengatang Pokok

  • Teknik tebangan berarah
  • Teknik mengatang pokok

penyelenggaraan_gergaji_berantai_4

 


Kembali

Capaian Online

permis
hrmis
webmel

Sedang Online

Kami ada 90 pelawat online
perolehan
direktoripegawai
multimedia
rss
ptk-online
mygov mampu kpkt bomba iim jkjr msc spa jpa 1malaysia